Kindly Click Here, TQVM.

Thursday 13 December 2012

Si Manja Jatuh Katil / Buaian / Baby Walker

:: Assalamualaikum ::

Baca TAJUK saja memang ada yg rasa macam maw tergugur jantung kan.. huhuhuuu.. even tuan punya blog pun DUP DAP DUP DAP saja jantung maw buat ini entry T_T

Hari ini ammar betul2 buat ibu dia punya jantung maw tercabut!! (Harap2 yang baca entry ini faham la bahasa alien saya ni ah hahahaaa) Selama ini tidak pernah terfikir pun mahu beli katil baby.. sebab ammar pun biasa tidur di tengah2 ibu & abah nya, lagi pun ramai orang cakap membazir (Membazir tu kan amalan syaitan).. Sampai lah peristiwa tadi pagi yang betul-betul buat jantung saya mahu tercabut.. selalu nya tiap2 pagi saya akan bagi ammar makan dulu (kalau dia sudah bangun la, tapi ammar memang lebih awal bangun dari ibu & abah ny.. ibarat alarm saya hehehehe) selepas bagi dia makan, saya akan baringkan dia sebelah abah dia (yang masih tidur or separuh sedar) tidak sangka pula makin banyak kepandaian anak ibu ini.. dia tendang bantal dia, lepas tu dia bergolek2 sampai hujung katil.. Nasib baik saya cepat mandi.. masa masuk bilik ammar sudah di hujung katil.. Warghhhhh!! nasib nda jatuh!! Memang la risau kan, ammar tu baru 6 bulan lebih.. serba serbi masih belum kuat, dekat luar memang nampak OK.. dekat dalam siapa tahu..??????

Selepas peristiwa itu saya pun buat la research sendiri apa akibat nya baby jatuh katil.. jangan ambil ringan yaa puan2..


Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.


Jika si manja anda terjatuh Dari katil / Baby Walker/ Buaian tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat simptom2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut (ASAP)

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan



Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh. 


Di hospital sebaik-baiknya lakukan pemeriksaan CT Scan kepala untuk memastikan jika berlakunya pendarahan otak. Pemeriksaan ini dilakukan apabila disyaki adanya pendarahan otak dan yang mana pada kebiasanya tidak akan terjadi serta merta. Ini kerana, pendarahan otak terjadi dalam keadaan sedikit demi sedikit. Anak yang mengalami pendarahan otak ringan biasanya tidak akan mengalami gangguan perkembangan di kemudian hari. 

Langkah-langkah Pencegahan bagi mengelakkan kejadian jatuh dikalangan anak-anak terjadi ;

1. Untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan, apabila sudah boleh berguling, seelok-eloknya diletakkan ditempat yang selamat ketika tidur / berbaring. 
2. Bila anak sudah boleh berdiri, berikan pelindung di tempat tidurnya.
3. Bila anak sudah boleh berlari, awasilah dengan ketat dan sepatutnya.
4. Elakkan penggunaan baby walker tanpa pengawasan orang dewasa.
5. Pastikan keadaan lantai bebas licin.
6. Pastikan anak-anak kecil disekitarnya bermain dengan baik dan tidak membahayakan sesama sendiri.


zaman skang yang serba serbi canggih ni.. semua maklumat di hujung jari.. yang penting jangan malas mencari maklumat.. buat research sendiri.. apa2 pun doa kan kesihatan anak saya yaa.. 

Ammar ada katil baru, yang saya pun nda pasti dia suka atau tidak.. ni petang maw kasi penuh katil dia barang2 yang dia suka, supaya dia berminat maw masuk katil dia hihihihiii.. shopping lagi ibu ammar ni habis $$$$.. tidak apa anak tu kan rezeki, rezeki yang masuk ni pun rezeki ammar juga, kena la berkorban sikit untuk orang yang tersayang, yang penting ikut kemampuan & jangan membazir!!

semoga berjumpa di entry yang lain InsyaAllah.. ^_^v

No comments:

Post a Comment