Kindly Click Here, TQVM.

Tuesday 29 October 2013

♥ Warkah buat suamiku ♥


Sayang... isterimu titipkan coretan ringkas buatmu duhai suamiku, aku sering berharap moga sayang akan membaca dan memahami setiap baris ayat yang sudah aku coretkan ini....
Sayang..... Kalau diikutkan pada bacaan cukup mudah untuk menjadi yang isteri solehah, namun hakikatnya amat payah sayang... aku mmng tak sehebat Saidatina Khadijah, tidak semulia Sumayyah, tidak sesetia Rabiatul adawiyah, dan aku juga tidak secantik Puteri Balqis.. aku hanya seorg isteri yg mencari syurga dikaki suami, kadang-kadang aku juga diuji tatkala bahagia beraja dihati.. aku hanya mahu mencari redhamu duhai suami.. kerana disitulah redha Allah kepada diri ku...
sayang..... aku cukup sedar menempuh alam perkahwinan bagai meniti dititian di sungai... perlu berhati- hati tatkala sedang meniti dititian, perlu azam dan kekuatan untuk sampai hingga ke hujung titian, andai langkah yang aku atur itu kau terlihat sumbang.. tegurlah aku dengan sebaik-baik teguran.. kerana bimbang aku bisa terkejut lalu terjatuh ke dalam sungai lantas dihanyutkan air deras lagi dalam, aku pasti lemas, lemas kerana kecuaian diri yang tak disedari oleh dirimu sendiri sayang.
sayang... adakah kau tahu... aku hanya manusia biasa yang punya sekeping hati, sekuat mana tingkahku, adakala aku juga lemah pada kekuatanku yang aku ciptakan sendiri.. tiada apa yang aku harapkan sebagai seorang isteri hanyalah kasih yang di ungkap, dan rasa sayang yang dizahirkan..kerana hati ini seakan mencari makna cahaya dalam cinta yang kian kelihatan suram kerana cinta ini punya PEMILIK, aku kuatkan rasa cinta itu agar dirimu dapat merasai setiap helaan nafas cinta dariku, walau hakikatnya cinta ini sudah lama suram, mungkin tercicir ketika aku sibuk mencari makna cinta dari insan bernama suami, tatkala aku merasakan cinta sendiri seolah mati, aku cuba mengapai keegoaan sang suami yang terbina menjadi tembok kasih antara kita.
Sayang.... isterimu sedar kesilapan demi kesilapan seakan diminta, hakikatnya aku hanya hendak menarik perhatian dari insan bergelar suami, ingin bermanja pada yang halal memanjakan, ingin berkasih pada yang halal dikasihkan, perlu rindu pada yang halal dirindukan, isterimu tidak pernah minta lebih dari kemampuanmu, hanya perlukan kasihmu yang seolah sepi. walaupun padamu kasih itu tidak pernah bertepi dan berbahagi, tapi rasa kasihmu seolah hembusan angin pagi, mungkin kerana kau tidak mahu zahirkan pada hati yang mencari, akhirnya aku lemah mencari kasihmu, kasihmu yang ada tetapi tidak dapat aku rasakan, mungkin padamu sesuatu menjadi milikmu akan kekal menjadi milikmu, tidak perlu dipersoalkan lagi, akhirnya yang tersurat kekal menjadi tersurat, dan hati isterimu terus menyimpan yang tersirat, entah mengapa aku bagaikan memohon padaNya untuk menguji dirimu. supaya aku dapat melihat teguhnya kasihmu, agar aku dapat merasai bahawa kau berusaha mempertahankan kasih yang pernah kau sia-siakan, demi Tuhan... hanya doa mengiring hati yang mencari..Ya Allah,..aku akur jika syurga itu bukan buat diriku, kerana aku bukan isteri yang sempurna, tapi aku berusaha untuk mencari kesempurnaan, dan janganlah ENGKAU menghukum suamiku, hanya kerana kelemahan yang aku ciptakan sendiri..biarlah syurga itu menjadi tempatnya, biarlah disana nanti, bidadari- bidadari syurga menemaninya, kerana hanya yang terbaik adalah dariMu, bahagiakanlah suamiku.. Ya Allah, sesungguhnya suamiku pernah membahagiakan aku dan itu juga cukup membahagiakan aku.
Sayang.. Bukan mudah mencipta bahagia, andai kita leka dan alpa dengan dunia kita... bukan mudah membuang sayang andai kasih itu sudah bertapak di hati, bukan mudah mencari cinta andai keikhlasan itu tiada di hati.. aku akur pada takdir andai hatimu terbuka pada yang insan yang lain yang jauh lebih baik dariku, kerana aku percaya pada takdirNya, yang tertulis buat kau dan aku, kerana dari saat aku sah menjadi seorang isterimu, aku hanya ingin melihat dirimu bahagia, aku tidak minta balasannya syurga, aku juga tidak meminta dilimpahi harta. hanya keberkatan dan rahmat dariNya, di sepanjang kehidupan tika mencipta kebahagiaan berumahtangga. hanya itu yang ku pinta sepanjang aku bergelar isterimu..
sayang.. maafkan aku.. kerana bukan mudah bagi aku untuk menjadi sehebat isteri- isteri Nabi, terlalu banyak kelemahan diri yang perlu aku perbaiki, membetulkan kelemahan bukan semudah menyedapkan dalam menu masakan, perlukan kesabaran dan doa yang setimpal dengan usaha disepanjang aku bergelar isteri... andai kelemahan masih milikku, maafkan aku.. kerana aku manusia biasa yang punya jiwa yang terkadang seakan mudah kecewa, dan kecewa itu aku simpan di hati yang ada cinta dan bila kesan luka itu tak terubat.. aku hanya berdoa agar diberi aku kekuatan dan kesabaran untuk menakluki cinta yang ikhlas dari seorang suami...
"yang pasti demi kasihmu akan aku pertahankan ikatan ini hingga kehujung nafas ini.."
ikhlas dari isterimu


♥ Hormatilah "DIA" ♥

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim, sekadar perkongsian ILMU yang bermanfaat.


“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah sebaik-baik lelaki kepada isteriku.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Dia perempuan, dari rusuk lelaki dia diciptakan. Dari tulang yang bengkok. Justeru, kalau mahu meluruskannya, harus berhati-hati dan sabar. Dia manusia seperti engkau. Punya hati, punya rasa. Punya hak sebagai dia manusia.


Dia isteri, wajib taat pada engkau sang suami. Wajib aku, wajib sedia. Wajib teratur dan mahir mengurus rumahtangga dan anak-anak. Wajib tahu kesukaan suami, wajib menggembirakan engkau, wajib selalu menjaga diri dan maruah engkau. Wajib itu, wajib ini.


Tapi, tetap juga dia manusia biasa, punya rasa, punya hak sebagai manusia. Dia bukan hamba buat disuruh-suruh, dibentak-bentak. Dia bukan haiwan buat disepak terajang dan dilibas dengan segala macam cemeti yang tercapai dengan tangan engkau wahai lelaki. Dia manusia, manusia seperti engkau. Yang tahu rasa sakit, yang kenal warna darah. Yang punya rasa penat, marah, sedih, kecewa, cemburu.


Apa kau kira hanya engkau makhluk yang dikurnia segala pancaindera. Hanya engkau yang mampu melihat, mendengar dan merasa. Apa dia pekak, bisu, buta atau besi yang hanya tahu sejuk dan panas?



Dia manusia…manusia…manusia…hormatilah dia seperti mana engkau mahu dirimu dihormati, sayangilah dia seperti mana engkau mahu disayangi. Cintai dia seperti mana engkau mahu dicintai. Kasihanilah dia seperti mana engkau mahu dikasihani saat terleka dan terlupa sesaat rutin wajibmu. Kerana dia manusia yang tak lepas dari lupa dan leka.


Dia, yang engkau ambil dengan lafaz yang mulia. Yang kau bersaksi dengan ikatan yang diangkat tinggi oleh Tuhan adalah teman yang menjadi amanah buat engkau. Kalau engkau merasa besar sebagai ketua rumahtangga, haruslah engkau malu kerana gagal membimbing ‘pekerja’mu menjadi yang terbaik. Kalau engkau merasa besar sebagai penguasa, malulah kerana engkau gagal melaksanakan tugasmu sehingga rakyatmu tempang menunaikan amanahnya. Malulah…malulah pada dirimu yang merasa kuat tetapi memilih lawan yang lemah. Kemenangan apa yang mahu kau hebahkan kepada dunia?


Suami adalah kepala, isteri adalah anggota. Bagaimana sesuatu yang saling melengkapi boleh mencemuh dan menyakiti sebahagian yang lain? Dia isteri, dia ibu anak-anakmu. dia amanah dan hadiah berharga dari Tuhan. Jangan terlambat mengenal nilainya sehinggalah dia pergi dari hidupmu.