Kindly Click Here, TQVM.

Saturday 10 November 2012

Ibu & Ammar ♥

:: Assalamualaikum ::
Huh cepat nya masa berlalu kan? skang ammar sudah berusia 5bulan & 13 hari ^_^
Makin lincah anak ibu ni hahahaa.. yalah kan dia baru maw explore tangan dan kaki dia hahhaha.. kalau terbangun malam maw menyusu, ibu nya lambat sikit bangun siap kena tendang-tendang & tarik rambut =_="



Selalu ny selepas ibu mandi, ibu mandikan ammar pula, ibu tidak benarkan baby sitter ammar mandikan ammar, sebab takut dia cuai!! Hah lepas mandi pakai baju apa segala, ibu masukkan lah ammar dalam walker ammar, lepas tu baru ibu siap-siap pergi kerja.. Gambar di atas di ambil masa ibu tgh bersiap (sempat lagi kan) hahahahaa..




Ini pula gambar kita dalam kereta menunggu abah siap.. kerja ammar dalam kereta WAJIP tarik tudung ibu =_=" Lucu betul anak ibu ni..



Ibu pun tidak faham kenapa ammar suka MAKAN kaki ammar.. humm ramai org "cakap" kalau budak-budak suka MAKAN kaki dia, dia mahu adik.. INsyaAllah kalau ada rezeki lagi pasti ammar akan ada adik hehehehe..Sabar yaa nak hahahaaa..



When i saw this picture i just wanna laugh!! picture ini di ambil waktu ammar tidur.. ini lagi ibu tidak faham kenapa ammar suka tidur macam ini.. hahahaaa.. 

:: Pesanan ibu ::
Semoga ammar menjadi anak yang soleh.. taat kepada kedua org tua nya, taat pada perintah Allah & Rasul-Rasulnya amin..
Hormat orang yang lebih tua.. jadi lah manusia yang berguna di dunia dan juga di akhirat..
Ibu & Abah sayang sangat dengan ammar.. 

Monday 5 November 2012

Muhasabah diri terutama sebagai seorang wanita dan isteri.

Assalamualaikum
Actually coretan ini buat diri saya sendiri untuk motivasi dan muhasabah diri sendiri tapi apa salahnya share dengan yang lain-lain kan. ^_^

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami.
* mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami.
* mendapat pahala haji dan umrah.

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami.
* mendapat pahala yang tidak putus-putus.

4. Menghamilkan benih suami.
* mendapat pahala syahid.

5. Isteri mandi Junub dengan suami.
* pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.

6. Isteri yang memandang suami dengan harmoni.
* seolah-olah berzikir kepada Allah.

7. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya 

* dia akan terus masuk syurga!

Haaa.. apa macam? best kan bila jadi seorang isteri? kepada pasangan yang bercinta tu. Jangan laa bercinta lama-lama, Jom kumpul pahala sebagai seorang isteri.. (Sama-sama muhasabah diri)
Perkara yang baik seeloknya di percepatkan. Kepada "member" yang belum berkahwin saya doa kan Semoga anda semua bertemu jodoh yang baik-baik. amin ya rabaal alamin.

Kawin Di Usia Muda

Assalamualaikum

Hari ni maw share sikit pasal seorang "member" seusia saya yang berpendapat KAWIN DI USIA MUDA TIDAK SEMPAT MENIKMATI WAKTU SINGLE SEENAKNYA.

OK sini saya bagi 7 kebaikan kawin di usia muda (actually banyak sebab, tapi saya selitkan 7 sahaja, sebab tidak larat mahu taip banyak-banyak) ^_^ ; 


1. Tuntutan Agama.

Agama islam menyarankan kita berkahwin bila sudah cukup syarat (Zahir & Batin)


ANTARA KELEBIHAN NIKAH

* Saat akad nikah (Dapat Pahala)
* Suami peluk isteri (Dapat Pahala)
* Cium isteri (Dapat Pahala)
* Renung isteri (Dapat Pahala)
* Suami berkerja mencari rezeki yang halal buat isteri (Dapat Pahala)
* Suami bernafsu tengok isteri (Dapat Pahala)
* Suami pegang isteri (Dapat Pahala)
* Suami menegur isteri untuk kebaikan (Dapat Pahala)
* Suami setubuh isteri (Dapat Pahala)
* Main mata dengan isteri (Dapat Pahala)

2. Mengelak daripada zina.

Menyegerakan akad nikah supaya tidak terus terlanjur, bukan sahaja mengelakan hubungan luar nikah, malah kes kawin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Menjadi lebih bertanggungjawap.

Jika dulu kita selalu mengambil sikap sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi & dedikasi demi keluarga tercinta.

4. Menjadi lebih tenang.

Jika bertanya kepada mereka yang sudah berkahwin, mereka pasti akan menyatakan betapa seronoknya alam perkahwinan, ketenangan yang di rasa sukar di terangkan. Ya memang ada ketikanya "pening" dengan karena pasangan, perbelanjaan rumah, ETC. tapi semua itu terubat kerana ada "teman" yang sudi menjadi bahu tempat bersandar.

5. Menjadi lebih matang.

Perkahwinan merubah kehidupan seseorang, Percaya la! kalau dulu kita menghabisan masa-masa kita dengan benda yang tidak berfaedah, sekarang digantikan dengan perkara yang lebih berguna & matang.

6. Memperbaiki diri.

Turning point paling penting dalam alam perkahwinan.

7. Plan jangka masa panjang.

Jika berkahwin muda, INsyaAllah dapat zuriat lebih awal, belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawap dengan anak telah pun selesai kerana mereka pun sudah besar, dengan tubuh yang masih cergas & sihat masa yang selebihnya boleh lah di habiskan dengan HONEYMOON.



Seronok kan! ^_^

kawin muda @ tua x menjadi masalah, kawin muda @ tua pasti ada "HIKMAHNYA" "yang pasti JODOH & PERTEMUAN itu di tangan Allah" DOA kan kebahagian rumah tangga saya yaa. tapi kita kena sedar, usaha utk mengekalkan, menyuburkan, menambahkan kasih sayang sesama kita adalah ditangan kita. kita berdoa. berharap dan yg PENTING jangan tergesa2 membuat keputusan. semoga hubungan ini dengan restu mereka (ibu/bapa) INsyaAllah akan membawa bahagia..