Kindly Click Here, TQVM.

Thursday 13 December 2012

Si Manja Jatuh Katil / Buaian / Baby Walker

:: Assalamualaikum ::

Baca TAJUK saja memang ada yg rasa macam maw tergugur jantung kan.. huhuhuuu.. even tuan punya blog pun DUP DAP DUP DAP saja jantung maw buat ini entry T_T

Hari ini ammar betul2 buat ibu dia punya jantung maw tercabut!! (Harap2 yang baca entry ini faham la bahasa alien saya ni ah hahahaaa) Selama ini tidak pernah terfikir pun mahu beli katil baby.. sebab ammar pun biasa tidur di tengah2 ibu & abah nya, lagi pun ramai orang cakap membazir (Membazir tu kan amalan syaitan).. Sampai lah peristiwa tadi pagi yang betul-betul buat jantung saya mahu tercabut.. selalu nya tiap2 pagi saya akan bagi ammar makan dulu (kalau dia sudah bangun la, tapi ammar memang lebih awal bangun dari ibu & abah ny.. ibarat alarm saya hehehehe) selepas bagi dia makan, saya akan baringkan dia sebelah abah dia (yang masih tidur or separuh sedar) tidak sangka pula makin banyak kepandaian anak ibu ini.. dia tendang bantal dia, lepas tu dia bergolek2 sampai hujung katil.. Nasib baik saya cepat mandi.. masa masuk bilik ammar sudah di hujung katil.. Warghhhhh!! nasib nda jatuh!! Memang la risau kan, ammar tu baru 6 bulan lebih.. serba serbi masih belum kuat, dekat luar memang nampak OK.. dekat dalam siapa tahu..??????

Selepas peristiwa itu saya pun buat la research sendiri apa akibat nya baby jatuh katil.. jangan ambil ringan yaa puan2..


Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.


Jika si manja anda terjatuh Dari katil / Baby Walker/ Buaian tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat simptom2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut (ASAP)

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan



Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh. 


Di hospital sebaik-baiknya lakukan pemeriksaan CT Scan kepala untuk memastikan jika berlakunya pendarahan otak. Pemeriksaan ini dilakukan apabila disyaki adanya pendarahan otak dan yang mana pada kebiasanya tidak akan terjadi serta merta. Ini kerana, pendarahan otak terjadi dalam keadaan sedikit demi sedikit. Anak yang mengalami pendarahan otak ringan biasanya tidak akan mengalami gangguan perkembangan di kemudian hari. 

Langkah-langkah Pencegahan bagi mengelakkan kejadian jatuh dikalangan anak-anak terjadi ;

1. Untuk bayi yang kurang daripada 6 bulan, apabila sudah boleh berguling, seelok-eloknya diletakkan ditempat yang selamat ketika tidur / berbaring. 
2. Bila anak sudah boleh berdiri, berikan pelindung di tempat tidurnya.
3. Bila anak sudah boleh berlari, awasilah dengan ketat dan sepatutnya.
4. Elakkan penggunaan baby walker tanpa pengawasan orang dewasa.
5. Pastikan keadaan lantai bebas licin.
6. Pastikan anak-anak kecil disekitarnya bermain dengan baik dan tidak membahayakan sesama sendiri.


zaman skang yang serba serbi canggih ni.. semua maklumat di hujung jari.. yang penting jangan malas mencari maklumat.. buat research sendiri.. apa2 pun doa kan kesihatan anak saya yaa.. 

Ammar ada katil baru, yang saya pun nda pasti dia suka atau tidak.. ni petang maw kasi penuh katil dia barang2 yang dia suka, supaya dia berminat maw masuk katil dia hihihihiii.. shopping lagi ibu ammar ni habis $$$$.. tidak apa anak tu kan rezeki, rezeki yang masuk ni pun rezeki ammar juga, kena la berkorban sikit untuk orang yang tersayang, yang penting ikut kemampuan & jangan membazir!!

semoga berjumpa di entry yang lain InsyaAllah.. ^_^v

Monday 10 December 2012

Like Mother Like Son Or Like Father Like Son ??


♥ Assalamualaikum 



This is an old photograph of me and my siblings, picture ini saya ambil dari blog kakak saya, hohoho.. mahap tidak minta kebenaran sebelum mengambil.. pada tahun berapa OH itu saya pun tidak tahu (Lupa laa bha hihihiii). Yup, that's lil' old me (yang dalam bulatan) I look at this picture and I thought.. No wonder I keep seeing myself when I look at my son.. It's like staring at yourself in the mirror!!


*Wink*Wink* sama kan.. sama kan.. HaHaHaHaaa..



Orang tua-tua always say, "Anak lelaki kalau ikut muka ibu, sejuk perut ibu mengandung, nanti lembut hati" I heard this all the time. Have you? I'm not really sure what it meant or how far the truth goes behind this saying cos I've seen men who look exactly like their moms doing things their moms would not be proud of..

Kepercayaan orang cina pula, kalau anak lelaki ikut muka ibu, kalau dapat adik mesti adik perempuan, Tapi....... sila jangan percaya 100% kita orang islam kena percaya kepada Takdir & Kuasa Allah sahaja.. 

Ada juga orang cakap kalau anak perempuan ikut muka abah dia SEJUK, kalau anak lelaki ikut muka ibu dia SEJUK.. sejuk bahagian mana, OH itu kena tanya orang yang cakap laa.. SEBAB saya pun tidak pasti HiHiHi..

All I'm asking is that, hopefully Muhammad Ammar Hail will grow up to be a good Muslim, and if he's a good Muslim, then I shouldn't be worried about everything else.. Doa kan yaa..

"Lembut hati" is fine with me, InsyaAllah, jangan lembut like you know what sudah laa.. Nauzubillah.  



"Ibu & Abah ♥ Sayang ♥ Ammar"

-Peace-

♥ Kagum ♥

Assalamualaikum

Saya "tersangat" laaa kagum dengan dengan kaum ibu yang BRESTFEEDING anak mereka sampai dua tahun. 
saya "tersangat" sedih bila tidak mampu brestfeeding ammar sampai umur dua tahun, actualy banyak kebaikan susu ibu ini.. 

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Allah SWT telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

Maka jelaslah agama Islam amat menggalakkan penyusuan susu ibu :

(1) Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233, seperti yang dinyatkan di atas.

(2) Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

(3) Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga (wali/waris anak) harus mengambil-alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuk meneruskan penyusuan.
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

(4) Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusukan bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang menyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

kepada mommy to be, susukan la anak anda dgn susu ibu selama dua tahun.. 
bila ammar berusia 4bulan ammar tidak mahu susu badan, mungkin sebab sudah terbiasa menyusu di botol (Saya ibu yang berkerja) bila balik kerja ibu susu kan dengan susu badan ammar meraung, menangis.. huhuhu

actualy impian memang mahu menyusukan ammar sampai dua tahun, apa kan daya tiada rezeki ammar menyusu badan sampai umur dua tahun..

Nasihat saya buat mommy to be, susu ibu susu terbaik buat anak kita..

-TAMAT-


Saturday 10 November 2012

Ibu & Ammar ♥

:: Assalamualaikum ::
Huh cepat nya masa berlalu kan? skang ammar sudah berusia 5bulan & 13 hari ^_^
Makin lincah anak ibu ni hahahaa.. yalah kan dia baru maw explore tangan dan kaki dia hahhaha.. kalau terbangun malam maw menyusu, ibu nya lambat sikit bangun siap kena tendang-tendang & tarik rambut =_="



Selalu ny selepas ibu mandi, ibu mandikan ammar pula, ibu tidak benarkan baby sitter ammar mandikan ammar, sebab takut dia cuai!! Hah lepas mandi pakai baju apa segala, ibu masukkan lah ammar dalam walker ammar, lepas tu baru ibu siap-siap pergi kerja.. Gambar di atas di ambil masa ibu tgh bersiap (sempat lagi kan) hahahahaa..




Ini pula gambar kita dalam kereta menunggu abah siap.. kerja ammar dalam kereta WAJIP tarik tudung ibu =_=" Lucu betul anak ibu ni..



Ibu pun tidak faham kenapa ammar suka MAKAN kaki ammar.. humm ramai org "cakap" kalau budak-budak suka MAKAN kaki dia, dia mahu adik.. INsyaAllah kalau ada rezeki lagi pasti ammar akan ada adik hehehehe..Sabar yaa nak hahahaaa..



When i saw this picture i just wanna laugh!! picture ini di ambil waktu ammar tidur.. ini lagi ibu tidak faham kenapa ammar suka tidur macam ini.. hahahaaa.. 

:: Pesanan ibu ::
Semoga ammar menjadi anak yang soleh.. taat kepada kedua org tua nya, taat pada perintah Allah & Rasul-Rasulnya amin..
Hormat orang yang lebih tua.. jadi lah manusia yang berguna di dunia dan juga di akhirat..
Ibu & Abah sayang sangat dengan ammar.. 

Monday 5 November 2012

Muhasabah diri terutama sebagai seorang wanita dan isteri.

Assalamualaikum
Actually coretan ini buat diri saya sendiri untuk motivasi dan muhasabah diri sendiri tapi apa salahnya share dengan yang lain-lain kan. ^_^

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami.
* mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami.
* mendapat pahala haji dan umrah.

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami.
* mendapat pahala yang tidak putus-putus.

4. Menghamilkan benih suami.
* mendapat pahala syahid.

5. Isteri mandi Junub dengan suami.
* pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.

6. Isteri yang memandang suami dengan harmoni.
* seolah-olah berzikir kepada Allah.

7. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya 

* dia akan terus masuk syurga!

Haaa.. apa macam? best kan bila jadi seorang isteri? kepada pasangan yang bercinta tu. Jangan laa bercinta lama-lama, Jom kumpul pahala sebagai seorang isteri.. (Sama-sama muhasabah diri)
Perkara yang baik seeloknya di percepatkan. Kepada "member" yang belum berkahwin saya doa kan Semoga anda semua bertemu jodoh yang baik-baik. amin ya rabaal alamin.

Kawin Di Usia Muda

Assalamualaikum

Hari ni maw share sikit pasal seorang "member" seusia saya yang berpendapat KAWIN DI USIA MUDA TIDAK SEMPAT MENIKMATI WAKTU SINGLE SEENAKNYA.

OK sini saya bagi 7 kebaikan kawin di usia muda (actually banyak sebab, tapi saya selitkan 7 sahaja, sebab tidak larat mahu taip banyak-banyak) ^_^ ; 


1. Tuntutan Agama.

Agama islam menyarankan kita berkahwin bila sudah cukup syarat (Zahir & Batin)


ANTARA KELEBIHAN NIKAH

* Saat akad nikah (Dapat Pahala)
* Suami peluk isteri (Dapat Pahala)
* Cium isteri (Dapat Pahala)
* Renung isteri (Dapat Pahala)
* Suami berkerja mencari rezeki yang halal buat isteri (Dapat Pahala)
* Suami bernafsu tengok isteri (Dapat Pahala)
* Suami pegang isteri (Dapat Pahala)
* Suami menegur isteri untuk kebaikan (Dapat Pahala)
* Suami setubuh isteri (Dapat Pahala)
* Main mata dengan isteri (Dapat Pahala)

2. Mengelak daripada zina.

Menyegerakan akad nikah supaya tidak terus terlanjur, bukan sahaja mengelakan hubungan luar nikah, malah kes kawin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Menjadi lebih bertanggungjawap.

Jika dulu kita selalu mengambil sikap sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi & dedikasi demi keluarga tercinta.

4. Menjadi lebih tenang.

Jika bertanya kepada mereka yang sudah berkahwin, mereka pasti akan menyatakan betapa seronoknya alam perkahwinan, ketenangan yang di rasa sukar di terangkan. Ya memang ada ketikanya "pening" dengan karena pasangan, perbelanjaan rumah, ETC. tapi semua itu terubat kerana ada "teman" yang sudi menjadi bahu tempat bersandar.

5. Menjadi lebih matang.

Perkahwinan merubah kehidupan seseorang, Percaya la! kalau dulu kita menghabisan masa-masa kita dengan benda yang tidak berfaedah, sekarang digantikan dengan perkara yang lebih berguna & matang.

6. Memperbaiki diri.

Turning point paling penting dalam alam perkahwinan.

7. Plan jangka masa panjang.

Jika berkahwin muda, INsyaAllah dapat zuriat lebih awal, belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawap dengan anak telah pun selesai kerana mereka pun sudah besar, dengan tubuh yang masih cergas & sihat masa yang selebihnya boleh lah di habiskan dengan HONEYMOON.



Seronok kan! ^_^

kawin muda @ tua x menjadi masalah, kawin muda @ tua pasti ada "HIKMAHNYA" "yang pasti JODOH & PERTEMUAN itu di tangan Allah" DOA kan kebahagian rumah tangga saya yaa. tapi kita kena sedar, usaha utk mengekalkan, menyuburkan, menambahkan kasih sayang sesama kita adalah ditangan kita. kita berdoa. berharap dan yg PENTING jangan tergesa2 membuat keputusan. semoga hubungan ini dengan restu mereka (ibu/bapa) INsyaAllah akan membawa bahagia.. 

Tuesday 23 October 2012

i Love being pregnant ♥

Assalamualaikum,


Let me just rip the band-aid off and tell you : I loved being pregnant
Not just because of the whole miracle of birth/I’m carrying a human being inside of me, what a miracle! although that was certainly a bonus.  I loved being pregnant because, for what seemed like the first time in my life, I felt calm and hopeful.
I haven’t always been like that.
Before my pregnancy, I  was worried about everything all the time, including, of course, the effects of worrying on my health. It was exhausting being me. And being around me.  
I wish I could say that pregnancy had changed me forever and that I am now a pool of calm.
Being a mother means that I walk through life with a fragility about me, worried about my children, about the world and what to make for dinner. And yet there are times that I stop mid-worry and think about my first pregnancy– the confidence, the calmness, the against-all-odds-and-my-personality-traits feeling that it would all be okay.
Remembering makes me feel hopeful. And, at times, even calm.  I’m grateful for my pregnancies every day.

Salah 1 wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra’
Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

Indah kan menjadi seorang WANITA ^^
Wanita mempunyai RAHIM dan RAHIM itu bermaksud penyayang.
Kepada kawan-kawan yang sedang menunggu kelahiran pertama, saya doakan semoga dipermudahkan oleh NYA  & kepada yang masih menanti, semoga Allah murahkan rezeki anda. ameen ya robb'

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka. Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak, Insyaallah. Ya Allah semoga aku tidak pernah lalai dalam hal mendidik dan membesar kan anak ku ameen ya robb' (peringatan buat diri sendiri : Jangan jadi manusia yg cuma pandai cakap!!)

OK ini sahaja buat hari ini, semoga berjumpa lagi di entri yang lain, Insyaallah.




Sunday 21 October 2012

i am a Mom ♥

Assalamualaikum,
Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk bernafas. 

Hari ini cuma mahu berkongsi gambar KESAYANGAN saya dari lahir sampai sekarang.
Enjoy!




This is the day that i will never gonna forget my entire life, kecuali hilang ingatan la.. hahahaa..
Thank You ALLAH.
ini la gambar ammar masa baru jak lahir ke dunia ini 29 May 2012, 11:58am,
dengan berat 2.6Kg.



ini pula gambar ammar masa dalam hospital, di bawah lampu biru sebab KUNING.
hari-hari Nangis di hospital sebab ndak tahan tingu ammar, hari-hari kena ambil darah,
berjemur di lampu biru yg panas & kena tambah air, ndak pa..
Alhamdulillah skang ammar shat.



Ammar belajar isap susu botol masa umur 1 bln lbh, sebab ibu cuma dapat maternity leave 2month jadi ammar belajar awal, nanti ibu kerja ammar sudah pandai menyusu dari botol.




ini lah senyuman pertama ammar yang dapat ibu gambar. Love u son!






Ammar mula bermain dengan jari ammar, humm mahu kasi masuk dalam mulut, sabar seja la. hahahahaa.



Ammar 1st JEAN, ibu beli dari kedai ibu rara, TQ ibu rara selalu bagi harga murah bila ibu beli barang2 ammar.



puting tiruan (pacifier) ammar yang sampai sekarang ammar tidak mahu tukar, sebab sudah terbiasa. Kepada ibu2 di luar sana, puting tiruan (pacifier) adalah tidak di galakkan. Tq.





Ammar demam lepas berjarum di klinik.





Ini lah gambar terbaru ammar, masa ibu menulis entry ini ammar sudah berusia 4bulan 23hari.
Sekarang ammar sudah pandai bergolek-golek atas katil. ^_^
Harapan ibu : semoga ammar menjadi anak yang soleh, taat pada ibu & abah, taat pada perintah Allah & Rasul-Rasul nya, Insyaallah amin yaa rabb"

Ya Allah semoga aku tidak lalai dalam mendidik anak ku.

ok lah cukup untuk hari ini, kita bertemu di entry yang lain Insyaallah.

Wednesday 17 October 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum

Alhamdulillah kita masih sihat, kuat cergas
dan masih bernafas dibumi Allah kan.

Dari tadi asyik padam/taip/padam/taip binggung kan (hahaha)
ndak tahu mahu start story dari mana, al-maklum laa 1st time buat blog.
fuh.. susah juga mahu mengarang cerita ni kan, biasa baca blog orang macam senang ja
buat cerita ni kan.

Actually BLOG ini saya dedicated buat ANAK sy (bila dia suda pandai membaca la)
incoming ANAK-ANAK (kalau ada rezeki Insyaallah kalau panjang umur) hahaha, suami, family & friends.

Kenapa terfikir mahu buat blog? humm.. actually ini bukan "idea" sy tp pengaruh dari KAKAK 
sy c kiding yang selalu cakap "dek ko buat la blog pasal c ammar" 
my 1st impression bila dia cakap begitu "aii malas sy maw fikir apa maw taip,
apa yang mahu di ceritakan Bla.. Bla.. Bla.." 
tapi bila fikir balik idea sis sy tu ok juga kan.

OK sy pening suda fikir apa maw taip, sorry for mixing all the language together 
(Sabahan/english/malay) Harap2 faham juga la kan hahahaha.