Kindly Click Here, TQVM.

Showing posts with label Marriage. Show all posts
Showing posts with label Marriage. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

♥ Warkah buat suamiku ♥


Sayang... isterimu titipkan coretan ringkas buatmu duhai suamiku, aku sering berharap moga sayang akan membaca dan memahami setiap baris ayat yang sudah aku coretkan ini....
Sayang..... Kalau diikutkan pada bacaan cukup mudah untuk menjadi yang isteri solehah, namun hakikatnya amat payah sayang... aku mmng tak sehebat Saidatina Khadijah, tidak semulia Sumayyah, tidak sesetia Rabiatul adawiyah, dan aku juga tidak secantik Puteri Balqis.. aku hanya seorg isteri yg mencari syurga dikaki suami, kadang-kadang aku juga diuji tatkala bahagia beraja dihati.. aku hanya mahu mencari redhamu duhai suami.. kerana disitulah redha Allah kepada diri ku...
sayang..... aku cukup sedar menempuh alam perkahwinan bagai meniti dititian di sungai... perlu berhati- hati tatkala sedang meniti dititian, perlu azam dan kekuatan untuk sampai hingga ke hujung titian, andai langkah yang aku atur itu kau terlihat sumbang.. tegurlah aku dengan sebaik-baik teguran.. kerana bimbang aku bisa terkejut lalu terjatuh ke dalam sungai lantas dihanyutkan air deras lagi dalam, aku pasti lemas, lemas kerana kecuaian diri yang tak disedari oleh dirimu sendiri sayang.
sayang... adakah kau tahu... aku hanya manusia biasa yang punya sekeping hati, sekuat mana tingkahku, adakala aku juga lemah pada kekuatanku yang aku ciptakan sendiri.. tiada apa yang aku harapkan sebagai seorang isteri hanyalah kasih yang di ungkap, dan rasa sayang yang dizahirkan..kerana hati ini seakan mencari makna cahaya dalam cinta yang kian kelihatan suram kerana cinta ini punya PEMILIK, aku kuatkan rasa cinta itu agar dirimu dapat merasai setiap helaan nafas cinta dariku, walau hakikatnya cinta ini sudah lama suram, mungkin tercicir ketika aku sibuk mencari makna cinta dari insan bernama suami, tatkala aku merasakan cinta sendiri seolah mati, aku cuba mengapai keegoaan sang suami yang terbina menjadi tembok kasih antara kita.
Sayang.... isterimu sedar kesilapan demi kesilapan seakan diminta, hakikatnya aku hanya hendak menarik perhatian dari insan bergelar suami, ingin bermanja pada yang halal memanjakan, ingin berkasih pada yang halal dikasihkan, perlu rindu pada yang halal dirindukan, isterimu tidak pernah minta lebih dari kemampuanmu, hanya perlukan kasihmu yang seolah sepi. walaupun padamu kasih itu tidak pernah bertepi dan berbahagi, tapi rasa kasihmu seolah hembusan angin pagi, mungkin kerana kau tidak mahu zahirkan pada hati yang mencari, akhirnya aku lemah mencari kasihmu, kasihmu yang ada tetapi tidak dapat aku rasakan, mungkin padamu sesuatu menjadi milikmu akan kekal menjadi milikmu, tidak perlu dipersoalkan lagi, akhirnya yang tersurat kekal menjadi tersurat, dan hati isterimu terus menyimpan yang tersirat, entah mengapa aku bagaikan memohon padaNya untuk menguji dirimu. supaya aku dapat melihat teguhnya kasihmu, agar aku dapat merasai bahawa kau berusaha mempertahankan kasih yang pernah kau sia-siakan, demi Tuhan... hanya doa mengiring hati yang mencari..Ya Allah,..aku akur jika syurga itu bukan buat diriku, kerana aku bukan isteri yang sempurna, tapi aku berusaha untuk mencari kesempurnaan, dan janganlah ENGKAU menghukum suamiku, hanya kerana kelemahan yang aku ciptakan sendiri..biarlah syurga itu menjadi tempatnya, biarlah disana nanti, bidadari- bidadari syurga menemaninya, kerana hanya yang terbaik adalah dariMu, bahagiakanlah suamiku.. Ya Allah, sesungguhnya suamiku pernah membahagiakan aku dan itu juga cukup membahagiakan aku.
Sayang.. Bukan mudah mencipta bahagia, andai kita leka dan alpa dengan dunia kita... bukan mudah membuang sayang andai kasih itu sudah bertapak di hati, bukan mudah mencari cinta andai keikhlasan itu tiada di hati.. aku akur pada takdir andai hatimu terbuka pada yang insan yang lain yang jauh lebih baik dariku, kerana aku percaya pada takdirNya, yang tertulis buat kau dan aku, kerana dari saat aku sah menjadi seorang isterimu, aku hanya ingin melihat dirimu bahagia, aku tidak minta balasannya syurga, aku juga tidak meminta dilimpahi harta. hanya keberkatan dan rahmat dariNya, di sepanjang kehidupan tika mencipta kebahagiaan berumahtangga. hanya itu yang ku pinta sepanjang aku bergelar isterimu..
sayang.. maafkan aku.. kerana bukan mudah bagi aku untuk menjadi sehebat isteri- isteri Nabi, terlalu banyak kelemahan diri yang perlu aku perbaiki, membetulkan kelemahan bukan semudah menyedapkan dalam menu masakan, perlukan kesabaran dan doa yang setimpal dengan usaha disepanjang aku bergelar isteri... andai kelemahan masih milikku, maafkan aku.. kerana aku manusia biasa yang punya jiwa yang terkadang seakan mudah kecewa, dan kecewa itu aku simpan di hati yang ada cinta dan bila kesan luka itu tak terubat.. aku hanya berdoa agar diberi aku kekuatan dan kesabaran untuk menakluki cinta yang ikhlas dari seorang suami...
"yang pasti demi kasihmu akan aku pertahankan ikatan ini hingga kehujung nafas ini.."
ikhlas dari isterimu


Monday, 5 November 2012

Muhasabah diri terutama sebagai seorang wanita dan isteri.

Assalamualaikum
Actually coretan ini buat diri saya sendiri untuk motivasi dan muhasabah diri sendiri tapi apa salahnya share dengan yang lain-lain kan. ^_^

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami.
* mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami.
* mendapat pahala haji dan umrah.

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami.
* mendapat pahala yang tidak putus-putus.

4. Menghamilkan benih suami.
* mendapat pahala syahid.

5. Isteri mandi Junub dengan suami.
* pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.

6. Isteri yang memandang suami dengan harmoni.
* seolah-olah berzikir kepada Allah.

7. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya 

* dia akan terus masuk syurga!

Haaa.. apa macam? best kan bila jadi seorang isteri? kepada pasangan yang bercinta tu. Jangan laa bercinta lama-lama, Jom kumpul pahala sebagai seorang isteri.. (Sama-sama muhasabah diri)
Perkara yang baik seeloknya di percepatkan. Kepada "member" yang belum berkahwin saya doa kan Semoga anda semua bertemu jodoh yang baik-baik. amin ya rabaal alamin.

Kawin Di Usia Muda

Assalamualaikum

Hari ni maw share sikit pasal seorang "member" seusia saya yang berpendapat KAWIN DI USIA MUDA TIDAK SEMPAT MENIKMATI WAKTU SINGLE SEENAKNYA.

OK sini saya bagi 7 kebaikan kawin di usia muda (actually banyak sebab, tapi saya selitkan 7 sahaja, sebab tidak larat mahu taip banyak-banyak) ^_^ ; 


1. Tuntutan Agama.

Agama islam menyarankan kita berkahwin bila sudah cukup syarat (Zahir & Batin)


ANTARA KELEBIHAN NIKAH

* Saat akad nikah (Dapat Pahala)
* Suami peluk isteri (Dapat Pahala)
* Cium isteri (Dapat Pahala)
* Renung isteri (Dapat Pahala)
* Suami berkerja mencari rezeki yang halal buat isteri (Dapat Pahala)
* Suami bernafsu tengok isteri (Dapat Pahala)
* Suami pegang isteri (Dapat Pahala)
* Suami menegur isteri untuk kebaikan (Dapat Pahala)
* Suami setubuh isteri (Dapat Pahala)
* Main mata dengan isteri (Dapat Pahala)

2. Mengelak daripada zina.

Menyegerakan akad nikah supaya tidak terus terlanjur, bukan sahaja mengelakan hubungan luar nikah, malah kes kawin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.

3. Menjadi lebih bertanggungjawap.

Jika dulu kita selalu mengambil sikap sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi & dedikasi demi keluarga tercinta.

4. Menjadi lebih tenang.

Jika bertanya kepada mereka yang sudah berkahwin, mereka pasti akan menyatakan betapa seronoknya alam perkahwinan, ketenangan yang di rasa sukar di terangkan. Ya memang ada ketikanya "pening" dengan karena pasangan, perbelanjaan rumah, ETC. tapi semua itu terubat kerana ada "teman" yang sudi menjadi bahu tempat bersandar.

5. Menjadi lebih matang.

Perkahwinan merubah kehidupan seseorang, Percaya la! kalau dulu kita menghabisan masa-masa kita dengan benda yang tidak berfaedah, sekarang digantikan dengan perkara yang lebih berguna & matang.

6. Memperbaiki diri.

Turning point paling penting dalam alam perkahwinan.

7. Plan jangka masa panjang.

Jika berkahwin muda, INsyaAllah dapat zuriat lebih awal, belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawap dengan anak telah pun selesai kerana mereka pun sudah besar, dengan tubuh yang masih cergas & sihat masa yang selebihnya boleh lah di habiskan dengan HONEYMOON.



Seronok kan! ^_^

kawin muda @ tua x menjadi masalah, kawin muda @ tua pasti ada "HIKMAHNYA" "yang pasti JODOH & PERTEMUAN itu di tangan Allah" DOA kan kebahagian rumah tangga saya yaa. tapi kita kena sedar, usaha utk mengekalkan, menyuburkan, menambahkan kasih sayang sesama kita adalah ditangan kita. kita berdoa. berharap dan yg PENTING jangan tergesa2 membuat keputusan. semoga hubungan ini dengan restu mereka (ibu/bapa) INsyaAllah akan membawa bahagia..