Kindly Click Here, TQVM.

Monday 10 December 2012

♥ Kagum ♥

Assalamualaikum

Saya "tersangat" laaa kagum dengan dengan kaum ibu yang BRESTFEEDING anak mereka sampai dua tahun. 
saya "tersangat" sedih bila tidak mampu brestfeeding ammar sampai umur dua tahun, actualy banyak kebaikan susu ibu ini.. 

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Allah SWT telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 233).

Maka jelaslah agama Islam amat menggalakkan penyusuan susu ibu :

(1) Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun. Ini jelas dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 233, seperti yang dinyatkan di atas.

(2) Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas di sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu.

(3) Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga (wali/waris anak) harus mengambil-alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuk meneruskan penyusuan.
Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.

(4) Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusukan bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang menyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

kepada mommy to be, susukan la anak anda dgn susu ibu selama dua tahun.. 
bila ammar berusia 4bulan ammar tidak mahu susu badan, mungkin sebab sudah terbiasa menyusu di botol (Saya ibu yang berkerja) bila balik kerja ibu susu kan dengan susu badan ammar meraung, menangis.. huhuhu

actualy impian memang mahu menyusukan ammar sampai dua tahun, apa kan daya tiada rezeki ammar menyusu badan sampai umur dua tahun..

Nasihat saya buat mommy to be, susu ibu susu terbaik buat anak kita..

-TAMAT-


4 comments:

  1. yeke zue... susu zu hbis awal gak ek...nape camtu? cuba zu amal kan baca surah al hujurat utk banyakkan susu ibu... masa pregnant pun di galakkan baca surah al hujuraat...

    xpe zu...next baby...ade rezeki nnti... boleh susu kan anak smpi anak 2 tahun... InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. kalau ada rezeki.. kan zu cuti 2 bln je.. ipar zu cakap masa kerja kena pam juga susu tu.. spaya x bengkak n berhenti.. tp kt ofic zu xleh la wat cmtu kan.. pastu ammar dah biasa isap susu dari botol wlaupun susu yg dr botol tu susu badan.. dia xnak menyusu dari badan.. meraung2 bila zu balik kerja nak susu kan dari badan.. bila dia dah xnak susu badan.. susu badan zu pun berhenti.. T_T sedih ny ammar xnak susu badan..

      Delete
    2. owh yeke...ammar dah terbiasa dgn puting susu botol tu... nape zu x guna botol yg puting macam ibu tu... ada jual kan.. hmmm xpe la.. jnji kita dah buat yg terbaik... asalkan ammar sht...

      Delete
    3. tula yg silap zu tu.. ammar dah biasa pakai puting tu baru zu tahu pasal btol yg puting cm ibu tu.. insyaallah..

      Delete